Photobucket

Thursday 24 February 2011

SEJARAH COKLAT

Coklat berasal dari biji koko yang merupakan pokok malar hijau dalam Famili “Sterculiaceae” dalam bahasa Yunani yang bermaksud makanan para dewa.  Ianya berasal dari Lembah Amazon dan lain-lain kawasan Selatan Tropika dan Amerika Selatan/Tengah sejak ribuan tahun yang lalu.  Pokok koko pertama kali ditemui oleh kaum Maya dan Aztek.  Koko ketika itu dikaitkan dengan ketuhanan iaitu penyembahan dilakukan setiap kali pokok koko ditanam.  Bagi kaum Aztek pula, koko dianggap sebagai minuman maharaja.  Masyarakat Aztek telah mencampurkan biji koko dengan air dan tepung jagung untuk membuat minuman pahit yang mereka namakan chocolate (coklat).  Gandum atau anggur yang dicampur dengan coklat disajikan dalam cawan yang diperbuat dari emas.  Maharaja Aztek yang bernama “Montezuma” kebiasaannya Meminum coklat lebih dari 50 cawan coklat per hari.
Hernán Cortés (1485-1547) yang berasal dari keluarga bangsawan kecil telah menakluki Mexico “Maharaja Montezuma” pada awalnya tertarik pada cawan emas berbanding isinya iaitu minuman coklat.  Namun Hernán juga mendapati bahawa bagi bangsa Aztec, biji koko juga digunakan sebagai duit-duit  dimana kau duit. Oleh itu, Hernán segera mendirikan beberapa kebun koko untuk dijadikan coklat. Perkebunan ini disebut sebagai "emas berwarna coklat". Ianya berkembang dan hasilnya digemari, sehingga Sepanyol mengendalikan perdagangan coklat pada abad ke-18 apabila dibawa pulang oleh pengembara-pengembara Eropah dan dijadikan bahan campuran kuih. Selain itu minuman coklat juga telah ditambah dengan perasa-perasa baru iaitu vanila dan kayu manis.
Pada pertengahan abad ke-19, Swiss mulai mengembangkan dan memasarkan coklat sebagai makanan ringan.  Sehingga coklat yang tadinya hanya sebagai minuman kemudian berkembang menjadi makanan ringan yang dapat mencair di lidah.  Swiss juga menjadi terkenal sebagai negara penghasil coklat terbaik.
Kemudian para pengusaha seperti Hershey, Kohler, Lindt, Nestlé, Peter, Suchard, dan Theodor Tobler.  Nama mereka menjadi mark coklat TERNAMA pada masa sekarang dan ianya membuat sumbangan yang besar untuk industri coklat.  Mereka mencipta mesin pembuat coklat yang lebih efisen dan mencari kaedah  pemprosesan coklat yang lebih baik.
Sekian.
-JIKA TERSILAP, TOLONG BETULKAN-
Hasil carian from Mr. Google...